Get Adobe Flash player
FAQ

S1

Adakah OUM akan menghantar surat pemakluman kepada graduan berkenaan dengan konvokesyen?

J1

Tidak. Segala maklumat mengenai konvokesyen akan dimuat naik di laman (website) OUM. Justeru semua bakal graduan dinasihatkan supaya sentiasa melawat website OUM bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai konvokesyen.

S2

Saya layak untuk menyertai Majlis Konvokesyen ke-15 dan amat berminat untuk hadir dan saya telah pun membuat pembayaran Yuran Konvokesyen. Walau bagaimanapun, saya telah mendapat surat daripada Lembaga Tabung Haji bahawa saya mendapat tempat untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Adakah saya boleh menangguhkan kehadiran ke majlis konvokesyen yang akan datang?

J2

Graduan boleh menangguhkan kehadiran ke konvokesyen yang terdekat dengan syarat beliau mempunyai alasan yang munasabah. Permohonan penangguhan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Timbalan Pengurus Besar (Penilaian dan Peperiksaan) dengan kadar segera.

S3

Bolehkah saya membeli jubah?

J3

Boleh. Sila hubungi terus dengan pembekal. Harga satu (1) set Pakaian Akademik adalah bergantung kepada kategori iaitu Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

S4

Saya dan suami saya layak untuk menyertai MK15. Walau bagaimanapun nama saya di Sidang 1, manakala suami saya di Sidang 3. Adakah saya boleh membuat pertukaran Sidang supaya kami dapat naik pentas pada masa yang sama?

J4

Terdapat beberapa faktor yang diambil kira semasa penyusunan graduan dan sidang. Justeru, pertukaran sidang tidak dibenarkan sama sekali.

S5

Saya ingin menjemput kedua ibubapa dan suami hadir ke dalam Dewan semasa saya menerima ijazah. Adakah saya boleh memohon untuk mendapat tiga (3) keping Kad Jemputan?

J5

Tidak. Jumlah tempat duduk di dalam dewan adalah terhad dan setiap graduan hanya dibekalkan 2 keping kad iaitu untuk 2 orang tetamu sahaja. Walau bagaimanapun, tetamu yang tidak dapat masuk ke dalam dewan boleh menonton CCTV yang disediakan di luar Dewan.

S6

Rumah saya dilanda banjir menyebabkan skrol dan transkrip saya koyak dan rosak. Adakah saya boleh memohon gantian?

J6

Permohonan gantian Transkrip yang rosak boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penilaian & Peperiksaan. Walau bagaimanapun tiada gantian untuk skrol.

S7

Saya merupakan graduan OKU dan berhasrat untuk menyertai konvokesyen. Siapakah yang saya perlu hubungi bagi memaklumkan keperluan saya?

J7

Bagi graduan yang memerlukan bantuan khas - berkerusi roda, cacat penglihatan, tercedera dan sebagainya, sila hubungi Unit Pengurusan Konvokesyen di talian 03-2773 2048/2051 atau e-mail secretariat@oum.edu.my

S8

Salah seorang tetamu saya merupakan OKU, adakah pihak OUM menyediakan kemudahan khas bagi membolehkan beliau duduk di dalam Dewan?

J8

Ya. Sekiranya tetamu memerlukan perhatian khas seperti berkerusi roda, uzur dan sebagainya, graduan boleh ke Kaunter Pertanyaan atau berhubung terus dengan mana-mana Petugas pada hari Konvokesyen. Tempat duduk khas akan disediakan untuk keselesaan tetamu berkenaan.