Pengambilan Pakaian Akademik

  1. Jadual Pengambilan Pakaian Akademik:

    TARIKH MASA PENGAMBILAN LOKASI
    21 Ogos 2014 (Khamis) Pagi
    9.00 pg - 12.30 t/hari
    Graduan Sidang 1 Bilik Seminar Kenanga dan Dahlia (Zon D)
    Kampus Induk OUM
    Jalan Tun Ismail
    Kuala Lumpur
    Petang
    2.30 ptg - 5.00 ptg
    Graduan Sidang 2
    22 Ogos 2014 (Jumaat) Pagi
    9.00 pg - 12.30 t/hari
    Graduan Sidang 3
    Petang
    2.30 ptg - 5.00 ptg
    Semua Sidang


  2. Sila bawa dokumen berikut semasa mengambil pakaian akademik:

    • Kad Pengenalan (myKad)
    • Slip/resit pembayaran
    • Borang Perjanjian Pembiayaan Pendidikan Guru KPM-BPG (kepada yang masih belum menghantar).

  3. Prosedur ringkas Pengambilan Pakaian Akademik:

    • Serah Kad Pengenalan (myKad) untuk semakan maklumat
    • Ambil nombor dan tunggu hingga dipanggil
    • Ambil Kad Pintar - 1 unit.
    • Ambil Kad Jemputan Tetamu Graduan - 2 keping.
    • Ambil pakaian akademik - 1 set.

  4. Pengambilan Pakaian Akademik menerusi wakil:

    Sila lengkapkan Surat Kebenaran mulai 23 Jun 2014.

  5. Penting :

    • Periksa pakaian akademik dan pastikan ia sepadan dengan program yang diikuti. Sila maklumkan kepada petugas sekiranya terdapat kesilapan pada pakaian akademik yang diterima.
    • Kad Pintar mengandungi maklumat nama dan nombor tempat duduk Graduan di dalam dewan. Sila semak maklumat di Kad Pintar dan sahkan sebutan nama Graduan yang diperdengarkan. Graduan yang tidak membawa Kad Pintar tidak akan dibenarkan naik ke pentas.