Ketua Jabatan Namun Masih Gigih Belajar

Saya Mumin Amsah, Alumni Open University Malaysia (OUM), pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan sumber manusia.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kata-kata inilah yang saya pegang apabila berhasrat untuk melanjutkan pengajian.  Sebagai Ketua Jabatan, bukan mudah untuk membuat keputusan kerana ianya memerlukan komitmen masa dan tenaga. Di samping faktor lain dan umur yang kian meningkat, persediaan mental dan fizikal untuk mengharungi perjalanan sebagai seorang pelajar sangatlah penting.

Sekiranya diimbas semula, saya memulakan pengajian di peringkat sarjana pada bulan September 2017 dan ketika itu saya bertugas di Majlis Daerah Papar.  Setahun selepas itu, saya telah menerima berita gembira. Saya ditukarkan ke Majlis Daerah Keningau di mana jarak ke pusat pembelajaran OUM tidak terlalu jauh berbanding sebelumnya. Syukur alhamdulillah, urusan pengajian saya dipermudahkan.

Mengapa saya memilih untuk menyambung pengajian di OUM?

Pertama, sudah tentu disebabkan oleh mod pengajian separuh masa yang bersesuaian dengan warga kerja seperti saya. Konsep pembelajaran secara dalam talian atau e-pembelajaran, memudahkan saya mengakses bahan pembelajaran pada bila-bila masa saya suka.

Bagi yang kurang mengetahui tentang apa itu e-pembelajaran, ia juga dikenali sebagai pembelajaran jarak jauh, pembelajaran maya, pembelajaran dalam talian atau kursus berasaskan web.

Dengan cara belajar sebegini, saya tidak perlu hadir ke kelas secara fizikal. Pelajar seperti saya hanya perlu berhubung dengan pensyarah melalui portal web yang dibangunkan oleh OUM. Ianya memudahkan pelajar seperti saya yang bekerja sambil belajar.

Kedua, saya boleh mengakses bahan pembelajaran melalui internet 24 jam. Terpulang kepada saya bila waktunya untuk mengulangkaji pelajaran. Muat turun sahaja bahan pembelajaran yang disediakan. Sekiranya kurang faham, saya akan berhubung dengan eTutor secara dalam talian bagi subjek yang diambil mengikut semester.

Ketiga, yuran pengajian adalah berpatutan. Memandangkan pelajar tidak perlu menghadiri kelas bersemuka, yuran lebih murah berbanding mod pengajian biasa.

Saya mendapat banyak saranan daripada kawan-kawan selain anak saya sendiri agar menyambung pengajian di OUM. Kata mereka, pensyarah semua baik dan berkualiti, OUM juga merupakan universiti pilihan utama warga kerja yang ingin sambung belajar. Jadi, saya turutkan sahaja dan memang terbukti pensyarah di OUM semuanya sangat membantu. Pihak pengurusan OUM juga sentiasa membantu pelajar seperti saya. Maklumlah, pelajar berumur seperti saya agak kurang arif dalam penggunaan internet. Dengan bantuan mereka dan anak-anak, semua kekurangan itu dapat diatasi.

Jika anda berminat untuk sambung belajar, usah terlalu banyak alasan. Macam saya nyatakan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Sememangnya e-pembelajaran ini memudahkan.

Apa yang hendak difikirkan lagi? Belajar dari rumah sahaja. Sambung belajar dan tamatkan pengajian.  Mana tahu anda juga berpeluang untuk memperolehi kenaikan pangkat seperti saya. Ditambah pula dengan wabak pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia kini, majoriti masyarakat Malaysia bekerja dari rumah. Dalam situasi sebegini, lebih mudah untuk anda meneruskan pengajian tanpa halangan. Jimat masa, tenaga dan kos. Bagi yang berminat boleh hubungi 03-7801 2000 / 012-303 9935 / 019-357 9074 / 019-266 8234, email enquiries@oum.edu.my atau layari www.oum.edu.my.