MOD PENGAJIAN TERBAIK BAGI PROGRAM PJJ, TEMPOH PENGAJIAN PJJ & LOKASI PUSAT PENGAJIAN PJJ SELURUH NEGARA

Mod Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 

Melihat kepada perkembangan semasa akibat virus COVID-19 yang melanda seluruh dunia, mod pembelajaran yang fleksible yang sebelum ini menjadi pilihan utama bagi majoriti warga kerja turut menarik ramai pelajar baru mendaftar dengan OUM. Ini kerana, OUM menawarkan pembelajaran fleksibel iaitu pembelajaran melalui Forum Dalam Talian (Online Forums), Pembelajaran Sendiri (Self-Managed Study) dan Pembelajaran dalam Talian Sepenuhnya (Online Learning) dimana ketiga-tiga mod pembelajaran ini tidak memerlukan pelajar hadir ke pusat pembelajaran sekaligus mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran virus kepada diri sendiri atau orang lain.

Forum Dalam Talian (Online Forums)

  • Pelajar akan berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekuliah melalui perbincangan dalam talian dan forum langsung menggunakan sistem pengurusan pembelajaran yang dibangunkan oleh OUM. 

Pembelajaran Sendiri (Self-Managed Study)

  • Pelajar boleh menguruskan pembelajaran sendiri dengan menggunakan bahan pembelajaran yang disediakan oleh OUM seperti e-modul, kuliah video, perisian kursus dan sumber dengan mengakses Perpustakaan Digital.

Pembelajaran Dalam Talian Sepenuhnya (Online Learning)

  • Sekiranya pelajar lebih selesa belajar sendiri, pelajar boleh mengikut mod pengajian dalam talian sepenuhnya. Pembelajaran pelajar akan dibantu oleh e-pelajaran sebagai ganti tutorial secara bersemuka dengan tenaga pengajar. 

Tempoh Pengajian Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

Tempoh pengajian adalah bergantung kepada program pengajian dan kelayakan akademik yang digunakan semasa membuat permohonan. Berikut adalah tempoh pengajian mengikut tahap pendidikan:

Program Diploma 

  • Tempoh pengajian bagi program Diploma adalah 3 tahun 4 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pengajian dapat dipendekkan sekiranya pelajar menggunakan kelayakan sijil APEL C dengan 30% pemindahan kredit subjek dan mencapai keputusan PNGK 3.0. Bermula semester ke-4, jika pelajar mencapai CGPA 3.00 dan keatas, pelajar telah layak untuk memohon  mengambil maksima 4 mata pelajaran dalam satu semester, untuk menamatkan pengajian dengan lebih awal. (Mohon rujuk buku panduan pelajar).

Program Ijazah Sarjana Muda (Degree

  • Bagi program ijazah sarjana muda, tempoh pengajian adalah 4 tahun 8 bulan. Sama seperti program diploma, tempoh pengajian dapat dipendekkan sekiranya pelajar menggunakan kelayakan sijil APEL C dengan 30% pemindahan kredit subjek dan mencapai keputusan PNGK 3.0. Bermula semester ke-4, jika pelajar mencapai CGPA 3.00 dan keatas, pelajar telah layak untuk memohon  mengambil maksima 4 mata pelajaran dalam satu semester, untuk menamatkan pengajian dengan lebih awal. (Mohon rujuk buku panduan pelajar).

Program Ijazah Sarjana (Masters) 

  • Tempoh pengajian bagi program ijazah sarjana adalah 2 tahun, walau bagaimanapun sekiranya pelajar menggunakan APEL C untuk mendapat pengecualian kredit subjek yang wajib diambil, tempoh pengajian akan lebih pendek bergantung kepada jumlah pengecualian kredit subjek. 

Doktor Falsafah (PhD) 

  • Tempoh pengajian bagi program PhD bergantung kepada tempoh penulisan thesis yang wajib diselesaikan sebagai syarat pengijazahan. Biasanya pelajar akan menamatkan pengajian paling awal adalah 4 tahun. 

Lokasi Pusat Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) OUM Seluruh Negara

OUM mempunyai 35 buah pusat pembelajaran di seluruh negara merentasi semua negeri kecuali Perlis. Pusat pembelajaran OUM dilengkapi dengan bilik tutorial, makmal komputer, bilik mesyuarat dan kawasan membaca. Pusat pembelajaran menyediakan persekitaran pembelajaran yang mesra dan kondusif, lengkap dengan akses Internet selain berhampiran dengan kediaman anda. Untuk lokasi pusat pembelajaran OUM, boleh semak senarai dibawah :

  • Kelana Jaya
  • Petaling Jaya
  • Sri Rampai
  • Bangi
  • Kuala Selangor
  • Shah Alam
  • Banting
  • Kota Bharu
  • Kuala Terengganu
  • Kuantan
  • Temerloh
  • Kuala Lipis
  • Alor Setar
  • Sungai Petani
  • Seberang Jaya
  • Greenhill
  • Ipoh
  • Taiping
  • Tanjong Malim
  • Manjung
  • Melaka
  • Seremban
  • Simpang Renggam
  • Pontian
  • Batu Pahat
  • Johor Bahru
  • Kuching
  • Sibu
  • Bintulu
  • Miri
  • Kota Kinabalu
  • Kota Marudu
  • Sandakan
  • Lahad Datu
  • Tawau
  • Keningau
myOUM
MOOC