PERIT JERIH PERJUANGAN MENGENGGAM IJAZAH KEDOKTORAN

“Pembelajaran merupakan iltizam sepanjang hayat. Ia bukan bagaimana anda bermula tetapi bagaimana pengakhiran anda dalam pembelajaran tersebut,” ujar Dr Moslie Majimun yang baru menamatkan pengajian ijazah Doktor Pendidikan di Pusat Pembelajaran OUM Keningau pada Disember 2020 lalu.

Beliau yang merupakan Pengurus di sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia berkata dia belajar kerana ingin keluar dari zon selesa dan mencabar diri dengan ilmu baharu.

“Saya mula bekerja seawal usia 19 tahun. Selepas lima tahun bekerja, saya menyambung pengajian ke peringkat Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam dan Undang-Undang di sebuah universiti awam secara jarak jauh. Pada 2001, saya mendapat tajaan untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat di UMS. Sembilan tahun kemudian, saya kembali menuntut ilmu di peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Projek di OUM and kemudiannya ke peringkat kedoktoran pada 2015.

Jika dilihat pada perjalanan Dr Moslie dalam menuntut ilmu, beliau telah mempelajari pelbagai bidang yang bukan dari zon selesanya.

“Program Doktor Pendidikan ini secara tidak langsung membuka peluang kepada saya untuk mendalami bidang pengurusan Pendidikan disamping dapat membina kemahiran dalam bidang penyelidikan,” katanya. Beliau  berharap agar ijazah yang diperoleh dari OUM akan membuka lebih peluang kepadanya untuk menceburi kerjaya sebagai Pensyarah sambilan.

            Menurut Dr Moslie, perjalanan mendapatkan Ijazah Kedoktoran merupakan  pengalaman yang amat berharga. Menghabiskan dua tahun pertama dengan kerja kursus, bergelumang dengan concept paper, disertasi, proposal defend dan viva voce sehingga akhirnya lulus dengan cemerlang merupakan satu kepuasan pada dirinya. Ternyata komitmen yang diberikan dengan mengorbankan waktu santai, hujung minggu dan cuti kelepasan membuahkan hasil yang memberangsangkan.  Bagi memantapkan kemahiran beliau dalam penyelidikan, beliau mengikuti lebih 20 kursus penyelidikan di sekitar Kota Kinabalu selain menyertai kolokium bagi mendapatkan input berkenaan penyelidikan yang dianjurkan oleh penyelia.

“Nasihat saya kepada rakan-rakan yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran, persiapkan diri dari segi mental dan kewangan. Berilah komitmen sepenuhnya dalam pelajaran dan mantapkan ilmu penyelidikan sebelum menyambung pengajian. Pilihlah OUM sebagai Institutsi pengajian anda kerana institusi ini akan memastikan cita-cita anda menjadi kenyataan.” 

Program Doktor Pendidikan telah direka khas bagi golongan professional yang berpengalaman dalam bidang pendidikan yang ingin meningkatkan pemahaman dan mengembangkan kemahiran dalam bidang penyelidikan. Sekiranya anda suka melibatkan diri dalam pelbagai bidang pendidikan dan bersedia untuk bekerja keras bagi mendapatkan kelayakan berprestij ini, maka anda dipelawa untuk mengikuti program ini dan OUM bersedia merealisasikan impian anda!

myOUM
MOOC