TENTANG PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ), UNIVERSITI TERBAIK TAWAR KURSUS PJJ, SENARAI PROGRAM PENGAJIAN & SYARAT KELAYAKAN MASUK

TENTANG PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ), UNIVERSITI TERBAIK TAWAR KURSUS PJJ, SENARAI PROGRAM PENGAJIAN & SYARAT KELAYAKAN MASUK 

 

Tentang Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) telah diperkenalkan seiring dengan Agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang diperkenalkan oleh kerajaan dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) dan Pelan Induk Pembudayaan PSH 2011-2020. Pelan ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat peluang pendidikan tanpa mengira peringkat umur, latar belakang pendidikan dan lokasi pembelajaran.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan Korea Selatan, PSH dijadikan elemen pendidikan untuk melahirkan modal insan relevan dengan kehendak industri. Bagi mencapai status negara maju, PSH menjadi salah satu pemangkin kerajaan untuk mencapai status ekonomi penduduk berpendapatan tinggi. 

Walau bagaimanapun, PSH ini tidak akan dapat direalisasikan dengan sistem pendidikan sedia ada akibat daripada pelbagai kekangan terutamanya dalam kalangan mereka yang telah pun berkerjaya. Justeru itu, Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) telah diperkenalkan dan ditawarkan oleh beberapa buah universiti awam dan swasta bagi menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia terutamanya yang bekerja untuk memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan pendidikan yang lebih tinggi

Antara tujuan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) yang diperkenal adalah:

  • Membuka peluang kepada mana-mana individu untuk meningkatkan taraf pendidikan
  • Memberi peluang kepada golongan dewasa mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah 
  • Menawarkan pendidikan lebih tinggi kepada penduduk di kawasan luar bandar
  • Meningkatkan dan melahirkan lebih ramai pekerja terlatih yang berpendidikan tinggi
  • Meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mereka yang sedang bekerja sama ada dibawah sektor kerajaan atau swasta

OUM Universiti Terbaik Tawarkan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

OUM merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta terbaik yang menawarkan program PJJ.  Universiti ini terkenal dalam kalangan warga kerja, sama ada sektor kerajaan mahu pun swasta yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa atau jarak jauh (PJJ). 

Ini terbukti apabila, seramai lebih 85,000 graduan OUM dari pelbagai latar belakang umur, tahap pendidikan dan lain-lain telah berjaya menamatkan pengajian di OUM. Selain warga kerja, OUM turut menjadi pilihan ramai warga emas yang masih ingin menimba ilmu pengetahuan sekaligus menjadikan OUM sebagai sebuah universiti pilihan utama yang menyediakan kemudahan pembelajaran kepada semua golongan.

Senarai Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) yang Ditawarkan 

Sebanyak 50 program PJJ telah ditawarkan oleh OUM merangkumi pelbagai disiplin ilmu. Semua program pengajian telah menerima akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

Walau bagaimanapun, program pengajian PJJ yang ditawarkan di OUM menfokuskan kepada keperluan industri semasa. Ini bermakna, hanya program pengajian yang relevan dengan permintaan industri sahaja akan ditawarkan sekaligus menunjukkan bahawa, program pengajian tersebut mempunyai potensi kerja yang luas dan diperlukan oleh majikan di luar sana. Berikut dikongsikan senarai keseluruhan program pengajian PJJ yang ditawarkan di OUM. Klik setiap program pengajian untuk menyemak info berkaitan program, mod pembelajaran, syarat kemasukan, yuran pengajian dan struktur program. 

Bisnes dan Pengurusan

Diploma in Accounting (DIA)
Diploma in Management (DIM)
Diploma in Human Resource Management (DHRM)
Bachelor of Business Administration with Honours (BBA)
Bachelor of Marketing with Honours (BM)
Bachelor of Tourism Management with Honours (BTRM)
Bachelor of Management with Honours (BIM)
Bachelor of Accounting with Honours (BAC)
Bachelor of Human Resource Management with Honours (BHRM)
Bachelor of Communication with Honours (BCOM)
Master of Human Resource Management (MHRM)
Master of Business Administration (MBA)
Master of Corporate Communication (MCC)
Master of Management (MM)
Doctor of Philosophy (Business Administration)
Doctor of Business Administration

 

Pendidikan dan Sains Sosial

Diploma in Islamic Studies with Education (DISE)
Diploma in Early Childhood Education (DECE)
Bachelor of Islamic Studies (Islamic Management) with Honours (BIS)
Bachelor of Liberal Studies with Honours (BLS)
Bachelor of Political Science with Honours(BPS)
Bachelor of Psychology with Honours (BPSY)
Bachelor of Education (TESL) with Honours (BETESL)
Bachelor of Early Childhood Education with Honours (BECHE)
Bachelor of Teaching (Primary Education) with Honours (BTPE)
Bachelor of English Studies with Honours (BEST)
Postgraduate Diploma in Teaching (PGDT)
Master of Islamic Studies (MIST)
Master of Counselling (MC)
Master of Early Childhood Education (MECHE)
Master of Instructional Design and Technology (MIDT)
Master of Education (MEd)
Master of English Studies (MEST)
Master of Psychology (MPSY)
Doctor of Education (EdD)
Doctor of Philosophy (Education)
Doctor of Philosophy (Arts)

 

Sains Gunaan

Diploma in Information Technology (DIT)
Bachelor of Occupational Safety and Health Management with Honours (BOSHM)
Bachelor Of Digital Media Design With Honours (BDMD)
Bachelor of Information Technology with Honours (BIT)
Bachelor of Manufacturing Management with Honours (BMMG)
Bachelor of Science in Project and Facility Management with Honours (BPFM)
Bachelor of Medical and Health Sciences with Honours (BMHS)
Bachelor of Nursing Science with Honours (BNS)
Master of Project Management (MPM)
Master of Quality Management (MQM)
Master of Occupational Safety and Health Risk Management (MOSHRM)
Master of Nursing (MN)
Master of Facility Management (MFM)
Master of Information Technology (MIT)
Doctor of Philosophy (Information Technology)
Doctor of Philosophy (Science)
Doctor of Nursing

 


Syarat Kelayakan untuk Memohon Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

Anda boleh mengemukakan permohonan dengan menggunakan sijil akademik sedia ada atau sijil hasil daripada pengalaman kerja sebelum ini menerusi sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu). APEL adalah satu proses yang digunakan untuk tujuan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu seseorang individu sebelum melayakkan mereka diterima masuk ke program pengajian yang dipohon. 

Terdapat 2 jenis APEL yang diterima oleh OUM berdasarkan pada garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu APEL (A) dan APEL (C). APEL (A) memberi akses atau laluan kepada golongan individu yang sudah mempunyai pengalaman bekerja tetapi tidak mencukupi syarat kelayakan akademik minima yang ditetapkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selepas memiliki sijil kelayakan APEL (A), anda boleh menggunakannya untuk membuat permohonan bagi mengikuti mana-mana program pengajian yang ditawarkan oleh OUM. 

Manakala, APEL (C) ialah sijil kelayakan yang membolehkan pelajar OUM untuk memohon pengecualian kredit bagi subjek berdasarkan pengalaman kerja, pengalaman hidup atau himpunan kursus pendek pelajaran. Hanya pelajar-pelajar yang telah berdaftar di OUM layak untuk memohon pengecualian kredit melalui APEL (C).

myOUM
MOOC