Project Description

Master of Islamic Studies

(R2/221/7/0172 (A11246) 07/25)

Programme Synopsis

The Master of Islamic Studies (MIS) degree is designed to meet the needs of those interested in pursuing their studies at higher level in this area. It is also aimed at developing specialisations in various areas of Islamic studies, such as Usuluddin (Theology), Shariah (Islamic Law and Jurisprudence), Dakwah (Preaching of Islam), and Islamic History.

Programme Educational Objectives (PEO)

Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang:

PEO 1: Berpengetahuan dan kompeten dalam ilmu pengajian Islam sejajar dengan keperluan industri (kognitif)

PEO 2: Berkomunikasi dengan baik, menunjukkan kualiti kepimpinan dalam organisasi dan menjadikan pelajar berpegang teguh pada nilai kerohanian Islam (psikomotor)

PEO 3: Kompeten untuk menyelesaikan masalah secara kreatif, inovasi, beretika dengan menggunakan kemahiran yang bersesuaian (kognitif)

PEO 4: Memperlengkap pelajar dengan kemahiran keusahawanan dan kemahiran lain yang selari dengan pendidikan sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya (afektif)

Program Learning Outcomes (PLO)

Setelah tamat semua kursus dalam program ini, graduan dapat:

PLO 1: Menghurai teori dan konsep dalam pengajian Islam (Pengetahuan dan Pemahaman)

PLO 2: Mengaplikasikan kemahiran pemikiran kritis untuk membuat keputusan dan penilaian berdasarkan sudut pandang Islam (Kemahiran Kognitif)

PLO 3: Menunjukkan kemahiran dan prinsip pembelajaran sepanjang hayat dalam perkembangan akademik dan kerjaya mereka (Kemahiran Praktikal)

PLO 4: Menunjukkan kemahiran sosial yang sesuai dalam persekitaran pengajian dan pendidikan Islam (Kemahiran Interpersonal)

PLO 5: Menyampaikan idea dan hujah melalui komunikasi pertuturan dan penulisan yang berkesan (Kemahiran Komunikasi)

PLO 6: Mengadaptasi teknologi digital semasa pembelajaran supaya pengalaman pembelajaran dapat diperkembangkan (Kemahiran Digital)

PLO 7: Berupaya memahami dan menganalisis maklumat numerikal untuk membuat kesimpulan yang berkaitan dengan pengajian Islam

PLO 8: Menunjukkan kepimpinan dalam menguruskan aktiviti sosial yang mempunyai penerapan nilai-nilai Islam yang kondusif (Kepimpinan)

PLO 9: Membangunkan kelestarian kemahiran penyelidikan yang mapan (Kemahiran Personal)

PLO 10: Membangunkan kemahiran keusahawanan Islam yang inovatif (Keusahawanan)

PLO 11: Mengurus aktiviti keislaman yang sesuai mengikut amalan etika dan undang-undang (Etika dan Professionalism)

Kemasukan Biasa
i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin atau yang setaraf dengan PNGK minimum 2.50 daripada 4.00; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin atau yang setaraf tetapi tidak mencapai PNGK 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan.

ATAU

Kemasukan APEL

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Calon hendaklah berumur 30 tahun dan ke atas pada tahun permohonan dibuat; DAN
  3. Mempunyai pengalaman bekerja/pengalaman pembelajaran terdahulu yang berkaitan; DAN
  4. Lulus Penilaian APEL bagi Sarjana (yang dikendalikan oleh OUM); DAN
  5. Memiliki kelayakan seperti berikut:
    • STPM / Diploma yang diiktiraf; Atau
    • Matrikulasi / Asasi / Foundation (nilai kredit 50-52 kredit ; nilai gred PNGK 2.00 dan ke atas ; tempoh pengajian sekurang-kurangnya setahun) ; Atau
    • A-Level (jumlah kursus minimum 3 ; nilai gred minimum E ; tempoh pengajian sekurang-kurangnya 18 bulan) ; Atau
    • International Baccalaureate Diploma (jumlah kursus minimum 6 kumpulan kursus dan 3 elemen wajib ; nilai gred minimum 24 point dan ke atas ; tempoh pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun).

Normal Entry
i. A recognised Bachelor degree in Islamic Studies/Syariah/Usuluddin or its equivalent with a minimum CGPA of 2.50 out of 4.00; or
ii. A recognised Bachelor degree in Islamic Studies/Syariah/Usuluddin or its equivalent with CGPA below 2.50, is acceptable subject to a minimum of 5 years working experience in related field.

OR

APEL entry

  1. Malaysian; AND
  2. The candidate should be more than 30 years of age in the year of application; AND
  3. Relevant work experience / prior experiential learning; AND
  4. Pass the APEL Assessment (Aptitude Test, Portfolio & Interview) conducted by OUM; AND
  5. Possess the following qualification:
    • STPM / Recognised Diploma; Or
    • Matriculation / Foundation (credit score 50-52 credits; CGPA grade 2.00 and above; minimum study period of one year); Or
    • A-Level (minimum of 3 courses; minimum grade E; duration of study at least 18 months); Or
    • International Baccalaureate Diploma (minimum of 6 courses and 3 required elements; minimum grade of 24 points and above; duration of study at least 2 years).

Note:

  1. The provisional offer of admission will be revoked if the candidate:
    1. Fails to submit evidence of qualification within the stipulated date; or
    2. Does not meet the entry requirements of the University.
  2. Entry requirements are subject to change as stipulated by the Malaysian Qualifications Agency.
Year 1 Year 2
Sem 1 RM2,412 RM2,412
Sem 2 RM2,814 RM2,412
Sem 3 RM2,412 RM3,618
Total RM16,080

* Fees applicable to Malaysians and Permanent Residents only.
* International students are required to pay registration fees of RM1,000 and an additional 20% for the tuition fees.
* The University reserves the right to revise the fees without prior notice.


Discount for the Physically Challenged Learners (OKU) and Senior Citizens

The University offers 50% discount for:

  • Senior citizens aged 60 and above on registration date; and
  • Physically challenged learners – a valid Orang Kelainan Upaya (OKU) is required.

These discounts are for subject fees only and are not applicable for research and other fees. The discounts are also not valid for second time registration and repeating of subjects.

Learners who receive this discount are not entitled to other discounts and promotions.

Note

Processing fee:

  • RM50 (Malaysian) & RM100 (International Students)

Re-registration fee of RM220 per semester is chargeable for extension of Masters Projects

Financial options:

  • EPF (Account 2); or
  • Education or Personal Loan from commercial banks; or
  • HRDF (subject to employer’s eligibility); or

Payment Mode:

  • JomPAY; or
  • Internet Banking; or
  • Debit/Credit Card.
Core Courses
Subject Name Credit Hours
Kaedah Pengajian Syariah 3
Kaedah Pengajian Usuluddin 3
Educational Research Methodology 4
Isu Kontemporari dalam Pengajian Tafsir 3
Isu Kontemporari dalam Pengajian Hadith 3
Maqasid al-Syariah 3
Sejarah Keilmuan dan Intelektual Islam 3
Mahkamah Syariah dan Undang-Undang Islam di Malaysia 3
Metodologi Dakwah di Malaysia 3
Transaksi dalam Ekonomi Islam di Malaysia 3
Isu-isu Semasa Akidah dan Pemikiran Islam 3
Kertas Projek 6

Faq Program Master In Islamic Studies

  1. Apakah fokus program MIST?
    Program ini direkabentuk untuk memenuhi keperluan calon yang ingin meneruskan pengajian peringkat tinggi dalam bidang pengajian Islam. Program ini juga bertujuan membangunkan kepakaran dalam bidang-bidang utama pengajian Islam iaitu Syariah, Usuluddin, dakwah dan tamadun Islam.

  2. Apakah syarat kemasukan program ini?
    Terdapat 2 cara kemasukan iaitu kemasukan biasa dan APEL.

  3. Apa beza kemasukan biasa dan kemasukan melalui APEL?
    Kemasukan biasa ialah:

    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam Pengajian Islam/ Syariah/Usuluddin/Bahasa Arab  atau yang setaraf dengan PNGK minimum 2.50 daripada 4.00; atau
    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam Pengajian Islam/ Syariah/Usuluddin/Bahasa Arab atau yang setaraf tetapi tidak mencapai PNGK 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan.APEL pula: Kemasukan melalui pengalaman iaitu:
    • Rakyat Malaysia
    • Berusia >30 tahun
    • Diploma/A-Levels/STPM atau kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya;
    • Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan 
  4. Saya mempunyai diploma dalam bidang Pengajian Islam dan telah bekerja dalam bidang Pengajian Islam selama 10 tahun. Adakah saya layak memohon?
    Ya, anda layak memohon melalui kemasukan APEL.

  5. Saya merupakan siswazah lepasan Timur Tengah dalam bidang Bahasa Arab. Markah akhir pengajian saya ialah 68.5%. Adalah saya layak memohon?
    Ya, anda layak memohon dengan syarat sijil yang dimiliki itu daripada institusi yang diiktiraf oleh JPA. Semakan boleh dilakukan di pautan berikut:
    https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm Mengenai sistem peratusan yang dipraktikkan di universiti-universiti Timur Tengah, berikut ialah cara pertukaran nilai GPA.
    80-100 (A & A+) = 4.00
    75-79 (A-) =3.67
    70-74 (B+) =3.33
    65-69 (B) =3.00
    60-64 (B-) =2.67
    55-59 (C+) =2.33
    50-54 (C) =2.00
    47-49 (C-) =1.67
    44-46 (D+) =1.33
    40-43 (D) =1.00
    Oleh itu, anda layak memohon kerana 68.5% adalah melebihi nilai GPA 2.5.

     

  6. Kepada siapa program ini disasarkan?
    • Mereka yang mempunyai latar belakang pengajian dalam Pengajian Islam atau Bahasa Arab.
    • Mereka yang mempunyai pengalaman kerja atau aktivisme dalam bidang Pengajian Islam.
  7. Adakah program ini mendapat pengiktirafan?
    Ya, program ini sudah mendapat pengiktirafan MQA. Nombor rujukan kami ialah (R-/221/7/0172 (A11246) 07/20)

  8. Bagaimana program ini dikendalikan?

    • Pertemuan bersemuka
    • Tutorial secara maya
    • Pembelajaran dalam talian
  9. Bagaimana cara saya hendak memohon?
    Anda boleh memohon secara Online di Website OUM dan pergi ke mana-mana cawangan OUM terdekat. Pegawai kami berbesar hati untuk membantu anda.

  10. Bagaimana dengan Pentaksiran dan Penilaian program ini?
    Penilaian berterusan (tugasan) : 60%;
    Peperiksaan Akhir     : 40%
  11. Adakah MIST menawarkan pengajian secara penulisan penuh (full dissertation)?
    Tidak. Setakat ini, program MIST ditawarkan secara mix mode iaitu gabungan antara kursus dan penulisan tesis. Pada akhir pengajian, calon dikehendaki menyiapkan satu laporan kajian yang dinamakan sebagai Kertas Projek.
     
  12. Adakah saya boleh memilih bidang kajian saya untuk Kertas Projek tersebut?
    Ya, anda bebas memilih bidang kajian yang berkaitan dengan Pengajian Islam. Anda juga bebas memilih penyelia untuk pemantauan kertas projek tersebut. Walaubagaimanapun, permohonan tersebut tertakluk kepada kelulusan pihak OUM demi menjaga kualiti dan kebajikan pelajar.

  13. Adakah saya perlu menduduki peperikasaan oral (viva) untuk kertas projek tersebut?
    Tidak, penilaian dilakukan oleh dua orang penilai iaitu penyelia dan penilai kedua.

  14. Apakah perbezaan program ini dengan program yang sama yang ditawarkan di institusi lain?
    Perbezaannya ialah pada sifat keanjalan program yang meraikan keterbatasan waktu para pelajar yang terdiri daripada golongan dewasa yang berkerja dan mempunyai komitmen lain. Kelas yang dilakukan secara dalam talian memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar di mana sahaja mereka berada. Setiap kelas dirakam dan rakaman boleh dicapai pada bila-bila masa oleh pelajar.
    Selain itu, e tutor yang dilantik akan sentiasa berinteraksi dengan anda melalui My Inspire. 
  15. Apakah bahan-bahan pengajian yang disediakan untuk program ini?
    Pelajar dibekalkan dengan e-modul, e-lesson sebagai panduan untuk belajar, video pembelajaran, kelas secara dalam talian (10 kelas untuk satu semester selama 20 jam) dan e-tutor yang berkelayakan serta diiktiraf.

  16. Bagaimanakah program ini boleh meningkatkan kompentensi saya?
    Program ini direkabentuk dengan mengambikira keperluan ilmu pengetahuan yang asli dan kemahiran penting seperti pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah yang ingin diterapkan dalam diri pelajar setelah mereka bergraduat.

  17. Bagaimanakah OUM memastikan ilmu yang saya pelajari adalah tepat?
    Pihak OUM sentiasa memastikan pensyarah yang dilantik mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh MQA dan KPM. Pihak kami juga sentiasa melakukan penambahbaikan pada kandungan bahan pengajaran dan juga penilaian supaya sentiasa relevan dengan keperluan semasa.
 DR HAMIDAH MAT
DR HAMIDAH MATProgramme Director
Tel (Office) :
603 55205514
Tel (Mobile):
6017 2360438

Email :
hamidah_mat@oum.edu.my

How To Apply
Apply Now!

Undergraduate Programmes

Postgraduate Programmes