Laluan Lepasan SPM: DIPLOMA PENGURUSAN

Description
Keputusan SPM telah diumumkan, kini tiba masa untuk merancang langkah seterusnya dengan lebih yakin.
OUM Simpang Renggam menjemput anda menyertai sesi perkongsian ini bagi membantu anda memahami pilihan pengajian yang tersedia, khususnya dalam bidang pengurusan yang relevan dengan keperluan industri masa kini.
Sesi ini akan memberi gambaran jelas tentang laluan pendidikan, kelebihan pembelajaran fleksibel serta potensi kerjaya yang boleh diterokai.
Tajuk: 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐌: 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍
Tarikh: 17 April 2026 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Penceramah: En. Mohammad Naim Bin Ismail (Pengarah Program Diploma Pengurusan)
Platform: Facebook OUM Simpang Renggam (https://www.facebook.com/oumsimpangrenggam)
Sertai kami untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas sebelum membuat keputusan penting anda.
