Pertandingan Mereka Cipta Doodle Sempena Ulangtahun Open University Malaysia (OUM) Ke-25

Faculty of Technology & Applied Sciences, OUM

Description

1.0 Tema Pertandingan

Peserta dikehendaki mencipta doodle yang mewakili perjalanan 25 tahun OUM dengan tema “OUM25 Evolusi Pendidikan Digital”. Doodle tersebut harus menonjolkan aspek utama seperti inovasi pembelajaran dalam talian, penglibatan pelajar, kebolehcapaian, dan evolusi teknologi pendidikan di OUM.

2.0 Syarat Penyertaan Pertandingan
  • Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada pelajar OUM serta orang awam warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Ahli jawatankuasa OUM25 atau panel penilai TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.
  • Perserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, hanya SATU (1)Doodle akan dipilih sebagai pemenang.
  • Doodle yang dihasilkan MESTILAH asli dan tidak ditiru, diciplak, atau plagiat daripada mana-mana sumber tempatan atau luar negara atau dihasilkan oleh kepintaran buatan (AI). Karya mesti dihasilkan sepenuhnya oleh peserta.
  • Karya yang dihasilkan juga TIDAK BOLEH mengandungi unsur atau elemen sensitif (agama, kaum dan institusi raja) dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan.
3. Keperluan Reka Bentuk Doodle
  • DoodleMESTILAH bertemakan “Evolusi Pendidikan Digital” dan menggambarkan transformasi pendidikan ke arah digital menampilkan identiti OUM sebagai elemen utama.
  • Karya MESTILAH dilukis secara manual (lukisan tangan) dengan visual yang jelas.
  • Penggunaan teks dibenarkan tetapi tidak boleh mendominasi elemen visual.
  • Doodle dilukis dengan menggunakan warna hitam dan putih sahaja.
  • Saiz Doodle dilukis menggunakan kertas lukisan yang berukuran A3 standard 297 mm x 420 mm (29.7 cm x 42 cm) secara menegak (portrait).
  • Karya mesti diimbas dan dihantar dalam format PDF, JPEG atau PNG dengan resolusi minimum 300 dpi.
  • Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi dan perlu menghantar salinan original (lukisan tangan) kepada pihak penganjur dan menyediakan video pitching yang menjelaskan konsep Doodle.
4. Kriteria Penjurian
  • Kreativiti & Keaslian (30%) – Idea unik dan ekspresi seni.
  • Daya Tarikan Visual (30%) – Estetika dan susunan elemen.
  • Kejelasan Mesej (40%) – Mesej selaras dengan tema.
5. Hak Milik dan Hak Cipta Karya
  1. Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju bahawa semua karya yang dihantar dan terpilih sebagai pemenang (“Karya Pemenang”) akan menjadi hak milik eksklusif Open University Malaysia (“OUM”) untuk tempoh DUA (2) tahun bermula daripada tarikh pengumuman keputusan rasmi.
  2. Sepanjang tempoh tersebut, OUM mempunyai hak cipta penuh dan eksklusif untuk menggunakan, mengubah suai, memperbanyak, menerbitkan, mengedar, mempamerkan, menyesuaikan, mengeksploitasi, atau menggunakan Karya Pemenang dalam apa-apa bentuk, format atau medium sama ada secara fizikal mahupun digital, bagi tujuan pendidikan, promosi, pemasaran, penerbitan, media sosial, pengiklanan, dokumentasi rasmi atau apa-apa tujuan lain yang difikirkan sesuai oleh OUM, tanpa perlu memberi sebarang bayaran tambahan, notis lanjut, atau mendapatkan kebenaran tambahan daripada peserta.
  3. Selepas tamat tempoh DUA (2) tahun tersebut, hak cipta ke atas Karya Pemenang akan kembali sepenuhnya kepada peserta asal. Walau bagaimanapun, peserta dengan ini bersetuju dan memberikan kepada OUM satu lesen kekal, tidak eksklusif, bebas royalti, boleh dipindah milik dan tidak boleh ditarik balik untuk terus menggunakan, memperbanyak, menyesuaikan, mengubah suai, mengedar, mempamerkan, menerbitkan, menyiarkan atau mengeksploitasi Karya Pemenang dalam apa-apa bentuk, medium atau cara sama ada yang sedia ada kini atau akan wujud pada masa hadapan, tanpa had masa dan tanpa perlu sebarang bayaran tambahan kepada peserta.
  4. Peserta dengan ini secara nyata mengakui dan bersetuju bahawa lesen kekal yang diberikan di bawah Klausa (iii) adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh ditarik balik oleh peserta pada bila-bila masa, walau atas apa alasan sekalipun.
  5. Peserta dengan ini melepaskan sebarang tuntutan terhadap royalti, ganjaran, pengiktirafan tambahan atau apa-apa faedah lain berkaitan dengan penggunaan Karya Pemenang oleh OUM, sama ada sepanjang tempoh eksklusif DUA (2) tahun atau selepasnya di bawah lesen kekal yang diberikan.
  6. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta menjamin bahawa Karya Pemenang adalah hasil asli, tidak melanggar hak cipta, tanda dagangan, hak moral, hak peribadi atau apa-apa hak milik intelektual pihak ketiga. Peserta juga bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi OUM daripada sebarang tuntutan, kerugian atau liabiliti yang mungkin timbul akibat pelanggaran jaminan ini.
Pendaftaran Pertandingan

Untuk pendaftaran, sila isi borang di pautan berikut: https://forms.gle/cRsx3AQ2dFuMT5de7

Sebarang pertanyaan sila emel kepada: nurulfizah@oum.edu.my

RSVP

URL: ..

Date And Time

Start Date 15-09-2025
@ to
End Date 31-10-2025
@

Location

Location: -
Venue:

Share With Friends

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp