Jom Kenali Presiden/Naib Canselor Keempat, Prof Madya Dr Ahmad Izanee Awang

Prof Madya Dr Izanee (dua dari kanan) semasa menghadiri syarahan umum pada tahun 2014 di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Prof Madya Dr Ahmad Izanee Awang telah dilantik sebagai Presiden/Naib Canselor keempat pada 1 Februari 2022 bagi menggantikan YBhg Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil yang telah bersara pada Oktober 2021

Prof Madya Dr Ahmad Izanee menyertai OUM pada November 2006 sebagai Pengarah Pusat Pembelajaran Kuantan, Pahang. Beliau kemudian berpindah ke Kampus Induk OUM di Kuala Lumpur sebagai Ketua Bahagian Penilaian dan Peperiksaan (2014), diikuti jawatan Pendaftar (2016) sebelum berkhidmat sebagai Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan Sokongan (2019) sekaligus dilantik menjadi ahli Pengurusan Tertinggi Universiti.

Beliau berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang Pendidikan dan Pengurusan. Beliau juga telah berkhidmat di pelbagai institusi Pendidikan kerajaan dan swasta. Bidang kepakaran beliau adalah Pendidikan Dewasa dan Kepimpinan Pendidikan.

Prof Madya Dr Izanee menyertai kempen derma darah anjuran Kelab METEOR pada 17 Februari 2022

Prof Madya Dr Ahmad Izanee berkelulusan Sarjana Muda Sains Matematik dari University of New South Wales (1990), Diploma Pendidikan UTM (1996), Sarjana Sains (Pentadbiran Pendidikan) UPM (2001) dan Doktor Pendidikan UNISEL (2012). Selepas menamatkan pengajian di University of New South Wales, beliau pernah berkhidmat sebagai guru MRSM selama 5 tahun dan kemudian menjadi pensyarah dan pentadbir di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta milik kerajaan Pahang selama 12 tahun.

Beliau berazam untuk memperkukuhkan sistem pembelajaran fleksibel serta terus memacu kecemerlangan OUM bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di persada antarabangsa.

myOUM
MOOC