Majlis Konvokesyen Khas OUM Berlangsung dengan Pematuhan SOP Ketat

Seramai 2,088 graduan daripada 20 program menerima skrol masing-masing pada Majlis Konvokesyen Khas Open University Malaysia (OUM) yang telah dianjurkan daripada 19 hingga 21 Februari 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) dengan pematuhan SOP ketat. Ini adalah majlis konvokesyen pertama yang dianjurkan OUM sejak negara dilanda pandemik Covid-19 pada awal 2020.

Konvokesyen Khas ini juga adalah konvokesyen pertama bagi Presiden/Naib Canselor keempat OUM, Profesor Madya Dr Ahmad Izanee Awang selepas pelantikan beliau pada 1 Februari 2022.

Majlis ini turut menyaksikan penganugerahah Ijazah Doktor Falsafah (Sastera) kepada dua graduan sulung program ini, iaitu Timbalan Penguasa Polis, DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir dan ahli politik YBhg Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi.

myOUM
MOOC