Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menyampaikan ceramah bertajuk Pembudayaan Integriti dan Cerminan Kualiti Peribadi sempena Program Kesedaran Kualiti anjuran Centre for Quality Assurance pada 15 Disember 2022 di Menara OUM.
OUM sentiasa komited dalam memupuk nilai integriti yang tinggi dalam kalangan warganya. Naib Canselor, YBhg Prof Dr Ahmad Izanee Awang berharap program kesedaran kualiti ini dapat diteruskan supaya warga OUM dan METEOR dapat memahami seterusnya memantapkan nilai bersama yang telah digariskan oleh Universiti. Di akhir program Prof Dr Izanee, Datuk Wan Suraya dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan METEOR, Puan Nurul Maisara Md Isa telah melancarkan dan menandatangani Ikrar Integriti Kumpulan METEOR.

FBM leads campus-wide e-waste collection campaign
PETALING JAYA: The Faculty of Business and Management (FBM) launched an e-waste collection campaign on 17 December 2025, to promote environmental responsibility and sustainable technology








