Jadi Sarjana usia 75 tahun

Kuala Lumpur: Pada usia 75 tahun ketika ramai memilih berehat dan menikmati hari tua, Timbalan Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-Nelayan), Datuk Muhammad Tasan pula membuktikan semangat menuntut ilmu tidak pernah mengenal usia.

Beliau menerima Sarjana Pengurusan dan turut dianugerahkan Anugerah Sepanjang Hayat pada Sidang Pertama Majlis Konvokesyen ke-30 Open University Malaysia (OUM).

Lebih manis, beliau mendapat plak penghargaan dan wang tunai RM1,000 sebagai pengiktirafan terhadap kegigihan menamatkan pengajian.

Paling mengagumkan apabila tesis sarjananya yang mencecah ratusan muka surat ditulis sendiri menggunakan tulisan tangan sebelum dibantu rakan untuk dimasukkan ke dalam komputer.

Muhammad mengakui beliau kurang mahir menggunakan teknologi maklumat menyebabkan kebanyakan tugasan awal disiapkan secara manual.

“Alhamdulillah, saya draf dengan tulis tangan.

“Tesis itu ratusan muka surat dan saya minta tolong rakan masukkan dalam laptop,” katanya.

Turut hadir ke konvokesyen Canselor baharu, Tan Sri Azman Hashim, Presiden/Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Ahmad Izanee Awang, Lembaga Gabenor, Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif dan Senat universiti.

Dalam pada itu, Muhammad mengulas perjalanan pembelajaran tidak semudah disangka apabila terpaksa mengulang semester kerana gagal menghantar tugasan mengikut tempoh ditetap.

“Selepas bersara daripada kerjaya, saya ceburi bidang politik dan perniagaan…terlalu sibuk sampai kadang-kadang tidak sedar tarikh akhir peperiksaan.

“Saya terlepas satu semester sebab tak sempat hantar tugasan. Bila sedar, tarikh mati (deadline) sudah tutup,” katanya.

Muhammad berkata, kesibukan dalam urusan kerja, perniagaan dan aktiviti politik menyebabkan beliau perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran serta tanggungjawab harian.

Katanya, ada masanya beliau terpaksa mengetepikan kerjaya demi menyelesaikan urusan pembelajaran yang lebih penting.

Sumber:
Nor Syazrina Muhamad Tahir. (2026, May 10). Jadi sarjana usia 75 tahun. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/utama/2026/05/1355925/jadi-sarjana-usia-75-tahun

Tiada istilah terlambat

Kuala Lumpur: Ramai rakyat Malaysia sebenarnya mahu menyambung pengajian, namun terpaksa melupakan impian itu kerana pelbagai kekangan hidup. Komitmen kerja, kekurangan masa dan tanggungjawab terhadap

Read More »

Contact Us

Menara OUM,
Block C, Kompleks Kelana Centre Point,
Jalan SS7/19, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia

+603-7801 1800 (General Line)
+603-7801 2000 (Speed Line)
+6012-303 9935 / +6019-357 9074
admission@oum.edu.my
(Enquiries for New Intake & Registration Only)