OUM Komited Bantu Pelajar Terjejas Banjir

Pengurus Besar (Operasi dan Pengalaman Pelajar) Open University Malaysia (OUM) Prof Dr Siti Aishah Hashim Ali bersama pelajar selepas majlis penyerahan cek bantuan banjir di Pusat Pembelajaran Shah Alam pada 16 Januari 2022.

30 pelajar yang terkesan akibat bencana banjir pada Disember tahun lalu telah menerima bantuan kewangan antara RM1,000 hingga RM2,000 daripada Open University Malaysia (OUM). Ianya adalah salah satu inisiatif tanggungjawap sosial korporat (CSR) dalam usaha meringankan beban para pelajar yang terjejas. Cek sumbangan bantuan ini telah disampaikan oleh Prof Dr Siti Aishah Hashim Ali, Pengurus Besar (Operasi dan Pengalaman Pelajar) di Pusat Pembelajaran Shah Alam pada 16 Januari 2022.

Menurut Prof Dr Siti Aishah, OUM turut bersimpati dengan musibah yang melanda mangsa banjir dan berharap agar sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam menghadapi situasi sukar ini.

OUM sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan pelajar dan akan  bersama-sama membantu para pelajar yang terkesan supaya ianya tidak mengganggu proses pembelajaran mereka.

myOUM
MOOC