OUM Raih Gangsa di Putra Brand Awards 2021

Open University Malaysia (OUM) sekali lagi telah menjadi pilihan dalam kategori pendidikan dan pembelajaran apabila meraih gangsa di Putra Brand Awards 2021 pada 21 Januari 2022.

Anugerah ini diterima oleh Naib Presiden (Akademik), Profesor Dr Widad Othman pada majlis yang telah berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Turut hadir Ahli Lembaga Gabenor, Profesor Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal, dan Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan Sokongan), Profesor Madya Dr Ahmad Izanee Awang.

Profesor Dr Widad berkata, “Sistem pembelajaran secara dalam talian akan sentiasa diperkasa melalui penggunaan teknologi pendidikan terkini dan pendekatan teknologi maklumat yang lebih holistik.”

Menurut Profesor Madya Dr Izanee, “anugerah ini membuktikan masyarakat menyambut baik mod pembelajaran dalam talian di OUM. Jesteru itu, penjenamaan dan kualiti perkhidmatan sokongan pelajar perlu diurus dengan baik pada setiap masa. Pada Anugerah Putra Brand Awards sebelum ini, OUM telah meraih gangsa pada 2013 & 2016 dan perak pada 2015.”

Anugerah Putra Brand Awards adalah inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) bagi mengiktiraf jenama-jenama tempatan dan antarabangsa pengguna Malaysia. Sebanyak 11,000 maklum balas telah diterima oleh IPSOS Malaysia dalam menjalankan tinjauan jenama kegemaran di Malaysia pada 2021.

OUM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengguna Malaysia yang telah mengundi dan semua warga Universiti yang telah memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa berada di tahap tertinggi.

 

myOUM
MOOC