TARIKH PERMOHONAN, CARA MEMOHON DAN YURAN PENGAJIAN PROGRAM PJJ TERKINI

Tarikh permohonan dan Pengambilan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) OUM 

Di OUM, pengambilan pelajar dibuka 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September. Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan yang dibuat telah melebihi tempoh pengambilan, maka permohonan anda akan diproses untuk pengambilan seterusnya. Kepada yang berminat untuk membuat permohonan boleh klik: MOHON PROGRAM PENGAJIAN PJJ DI OUM

Cara Memohon Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) OUM

Anda yang ingin memohon melanjutkan pengajian di OUM, boleh terus berkunjung ke kampus utama atau mana-mana pusat pembelajaran OUM berhampiran di seluruh negara. Untuk menyemak senarai pusat pembelajaran, boleh klik : LOKASI PUSAT PEMBELAJARAN OUM (OUM LEARNING CENTRES).

 

Dokumen yang perlu dibawa bersama-sama ketika hadir untuk membuat permohonan adalah:

  • Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (MyKad)
  • Sijil asal dan salinan sijil akademik yang diiktiraf
  • Surat asal dan salinan Surat Pengesahan Pekerjaan, jika dinyatakan dalam syarat kemasukan program
  • 2 gambar berukuran pasport

 

Bagi yang mempunyai kekangan masa untuk hadir secara walk-in ke pusat pembelajaran OUM, anda boleh mengisi permohonan secara atas talian (permohonan online) dengan klik link berikut: PERMOHONAN ONLINE PROGRAM PJJ OUM.

 

Yuran Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) OUM (Semua Kursus Pengajian)

Pendidikan adalah pelaburan tetapi pada masa yang sama universiti perlu memastikan yuran pengajian yang dikenakan mampu untuk dibayar oleh semua golongan. Melalui penggunaan platform e-pembelajaran dan aplikasi dalam talian, OUM berjaya menawarkan program pengajian dengan yuran berpatutan sekaligus membantu pelajar melanjutkan pengajian dengan kualiti pendidikan yang terbaik.

 

Bagi program pengajian diploma, yuran pengajian adalah antara RM10,000 hingga RM12,000, Ijazah Sarjana Muda antara RM21,000 hingga RM29,000, Ijazah Sarjana antara RM15,000 hingga RM29,000 manakala PhD antara RM26,000 hingga RM44,000. Untuk menyemak senarai penuh yuran pengajian mengikut program yang ingin dipohon, boleh klik: SENARAI PROGRAM PENGAJIAN PJJ OUM. Kemudian, klik program pengajian untuk maklumat berkaitan yuran pengajian.  

Bagi meringankan beban pelajar, OUM turut menyediakan pelbagai buasari dan potongan diskaun merangkumi berikut:

  • Diskaun 5% setiap semester yang dijalankan tutorial secara atas talian.
  • Rebat istimewa sempena Hari Terbuka, (tertakluk kepada tawaran rebat semasa).
  • Diskaun 50% untuk keseluruhan program (Warga emas dan orang kurang upaya)
  • Diskaun RM200 seorang (bagi mereka yang mendaftar dari keluarga yang sama)
  • Diskaun Alumni 5% untuk keseluruhan program yang dijalankan secara fully online (hanya untuk alumni, pasangan alumni, anak alumni dan adik-beradik alumni).
  • Diskaun Institusi 5% untuk bagi pendaftaran secara berkumpulan minima 5 pelajar.

Selain itu, pelajar boleh mengeluarkan dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau memohon pinjaman di bawah Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pekerja atau syarikat yang layak juga boleh menuntut pembayaran balik dari Tabung Pembangunan Sumber Manusia.

myOUM
MOOC