norhayati student

SEMASA muda, Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), Nor Hayati Omar, 40, tidak berpeluang melanjutkan pelajaran disebabkan kekangan kewangan.

Namun, tanpa mengenal erti putus asa, Hayati mengambil inisiatif memajukan diri dengan mengikuti Diploma Pengajian Islam di Open University Malaysia (OUM).

Nor Hayati yang juga ibu empat cahaya mata mengakui ada orang mempertikaikan kegigihannya menyambung pengajian pada usia lanjut serta menganggap ia pembaziran.

“Apabila terlalu ramai bertanya soalan, terlintas juga di fikiran setiap apa diperkatakan itu ada benarnya.

“Tapi, saya bersikap positif dan menjadikan komen itu pemangkin untuk berusaha lebih gigih,” katanya yang kini bermastautin di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tidak mudah baginya membahagikan masa sebagai guru Kafa, ibu dan pelajar. Namun, Hayati melihat kesulitan itu sebagai cabaran yang pasti ditempuh pelajar separuh masa.

Platfom pembelajaran dalam talian dan fleksibiliti ditawarkan OUM menjadikan impiannya memiliki diploma bukan hanya cita-cita, tetapi realiti.

Kata Nor Hayati, belajar dalam talian sesuai bagi wanita berkerjaya kerana tiada kekangan jadual di samping bebas belajar di mana sahaja pada bila-bila masa.

“Pada waktu pagi, saya guru yang menumpukan perhatian kepada murid di sekolah. Petang dan malam pula adalah masa untuk keluarga dan pelajaran.

“Saya lebih cekap menguruskan masa dan berdisiplin mematuhi jadual diatur sendiri di samping lebih menghargai masa berbanding dahulu,” katanya.

Nor Hayati bersyukur dan bangga dengan kejayaan ini, malah beliau berharap menjadi contoh kepada rakan yang tidak berpeluang menyambung pengajian pada usia muda.

Ia ibarat peluang kedua bagi kami memperoleh diploma atau ijazah tanpa melepaskan kerjaya sebagai guru.

Konsep pendidikan jarak jauh dan terbuka (ODL) yang dipelopori OUM laluan alternatif kepada setiap anggota masyarakat memperoleh pendidikan tinggi berkualiti tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya.

Ia juga memberi peluang kepada setiap individu tanpa mengira umur, bangsa, latar belakang, keupayaan fizikal dan kedudukan sosioekonomi untuk mendapatkan pendidikan.

Daftar sekarang di mana-mana 34 pusat pembelajaran OUM di seluruh negara bagi menikmati rebat tunai sehingga RM300 bagi kemasukan semester Januari 2020.

 

Dipetik dari : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/538263/impian-tercapai-di-oum

Recent Posts