Kelab METEOR Anjur Kempen Derma Darah 3.0 di Menara OUM

Kelab METEOR dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan kempen derma darah buat kali ke 3 di Menara OUM Kelana Jaya pada 5 Januari 2023. Kempen ini dianjurkan bagi memenuhi permintaan bekalan darah yang kini sedang berada bawah daripada paras selamat.

Pada kempen kali ini, Pusat Darah Negara berjaya mengumpulkan 71 beg darah daripada kategori A, B dan O. Menurut mereka lagi, darah jenis AB tidak diperlukan buat masa ini kerana bekalan darah tersebut masih berada pada paras selamat.

Syabas dan Tahniah buat wirawan dan wirawati yang telah hadir menderma darah. Anda adalah Unsung Heroes kami.

myOUM
MOOC