Kumpulan METEOR dan OUM Menyantuni Anak-Anak Madrasah Tahfiz Jamiul Uluum

Bulan Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Selain daripada ibadah puasa, pahala solat sunat Tarawih dan amalan bersedekah sentiasa menjadi rebutan bagi setiap umat Islam.

Bagi mengambil keberkatan bulan yang mulia ini, kumpulan METEOR dan OUM telah menganjurkan Majlis Iftar dan Solat Tarawih Bersama anak-anak tahfiz di Menara OUM pada 21 April 2022. Antara pengisian di majlis ini ialah Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh penceramah bebas, Dr Zaharudin Abd Rahman, penyampaian sumbangan kepada Pondok Jamiul Uluum dan agihan duit raya kepada anak-anak Madrasah Tahfiz Jamiul Uluum yang hadir pada majlis tersebut.

myOUM
MOOC