TEROKAI PENGAJIAN PENGURUSAN PERLADANGAN

Sekiranya anda tercari-cari program yang mengkhusus kepada perladangan, kami ada berita baik untuk anda!

OUM kini menawarkan program Diploma Pengurusan yang mengkhusus dalam bidang perladangan, sesuai untuk warga kerja di luar sana.

Program pengajian ini adalah sepanjang 10 semester. Ia dijalankan secara separuh masa dan tidak membebankan warga kerja yang sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya masing-masing.

Pelajar akan didedahkan kepada kemahiran dan pengetahuan teknikal yang berkait rapat dengan kerjaya perladangan mereka. Antara subjek yang akan dipelajari ialah Pengurusan Tanaman, Pengurusan Penyakit dan Perosak Bersepadu, Pengurusan Perladangan Mampan, serta Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan dan Kebajikan dalam Perladangan. Di samping itu, pelajar juga akan mendapat bimbingan daripada pakar pertanian dan perladangan.

Program ini akan membuka peluang untuk mereka yang ingin meneroka kerjaya sebagai pegawai pertanian, eksekutif jualan (perladangan), penolong pengurus ladang atau pekerjaan dalam bidang pengurusan perniagaan, industri pertanian bersekutu dan industri hortikultur.

Ambilan kini dibuka! Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.oum.edu.my/all-programmes/diploma-in-management/ atau hubungi bahagian pemasaran di talian pantas 03-7801 2000 atau kunjungi pusat pembelajaran berdekatan untuk khidmat nasihat percuma.

Klik https://www.oum.edu.my/learning-centres/ untuk alamat pusat pembelajaran terdekat.

 

myOUM
MOOC