• lawatan
  • lawatan1
  • Tan sri azman
  • tun jeanne
  • bod
OUM menerima kunjungan hormat daripada YABhg Tun Jeanne Abdullah, Canselor dan YBhg Tan Sri Azman Hashim, Pro Canselor bersempena Majlis Kesyukuran dan Lawatan Rasmi ke Menara OUM.

Antara tetamu yang turut hadir dalam majlis tersebut adalah YBhg Tan Sri (Dr) Lee Lam Thye, Pengerusi Lembaga Gabenor OUM serta Ahli-Ahli Lembaga Gabenor iaitu YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi (Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak) dan YBhg Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar (Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia).

Dalam ucapan, YABhg Tun Jeanne Abdullah menyatakan kegembiraannya melawat menara OUM untuk pertama kali dan mengucapkan tahniah kepada pengurusan universiti kerana dengan jayanya dapat berpindah ke menara yang selesa ini.