
Di OUM, pendidikan adalah sepanjang hayat. Semua berhak mendapat peluang melanjutkan pengajian. Dengan adanya APEL, peluang itu ada. Ini dibuktikan dengan pelbagai kisah inspirasi para alumni APEL yang telah berjaya.
.
APEL dan peluang kedua sangat sinonim dan kelebihannya perlu disebarkan agar lebih ramai warga kerja dapat memanfaatkannya.
.
Terokai peluang kedua itu bersama OUM. Sertai kami secara virtual untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas tentang:
1. Apakah itu APEL.A?
2. Mengapakah APEL.A diperlukan untuk kemasukan ke universiti?
3. Apakah proses penilaian yang terlibat?
4. Bagaimanakah portfolio disediakan?
5. Apakah persiapan yang perlu dibuat?
.
Kami ingin membantu anda melengkapkan urusan APEL.A anda sehingga berjaya meneruskan perjuangan anda mengejar impian di OUM.
.
Jom sertai kami Sabtu ini, 11 pagi, melalui Google Meet di link berikut:
meet.google.com/hef-qrkm-wan
Jumpa anda hujung minggu ini!
EVENT INFO :
- Start Date:28 January 2023
- Start Time:11:00am
- End Date:28 January 2023
- End Time:12:00am
- Platform:Google Meet
- Organizer:OUM