Kerjasama OUM dan PPD Kota Kinabalu dalam Usaha Memperkasakan PdP Alaf Baru

Open University Malaysia (OUM) telah menandatangani Nota Persefahaman (NoU) bersama Pusat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu pada 27 Julai 2023 di Pusat Pembelajaran OUM Kota Kinabalu bagi berkongsi kepakaran dalam menghasilkan kandungan modul dan latihan guru bertemakan Teacherpreneurs.

Di majlis menandatangani NoU ini, PPD Kota Kinabalu telah diwakili oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, YBrs Encik Suhaimi Haji Matshah manakala OUM diwakili oleh Presiden/Naib Canselor, YBhg Prof. Dr. Ahmad Izanee Awang.

Program Teacherpreneurs yang dilancarkan pada hari ini dilihat mampu meningkatkan profesionalisme keguruan melalui pembudayaan nilai inovasi, penyelidikan, kreativiti dan teknik PdP yang mampu membawa keseronokan seterusnya menarik minat murid di dalam bilik darjah.

Pemilihan OUM sebagai rakan strategik adalah bertepatan kerana sebagai Universiti Digital yang mahir dengan kaedah pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL), mereka dapat berkongsi kepakaran dalam penyelidikan dan teknik penghasilan kandungan modul yang bersesuaian dengan keperluan PdP alaf baru. Disamping itu, OUM juga menawarkan kemudahan yang terdapat di Pusat Pembelajarannya di Kota Kinabalu bagi menjalankan program-program yang berkaitan dengan Teacherpreneurs.

Turut hadir di majlis ini ialah Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Kota Kinabalu, Encik Mohd Jaffry Rashid, Pensyarah daripada Fakulti Pendidikan OUM, Prof Madya Dr Gunasegaran Karuppannan.

myOUM
MOOC