MENDALAMI PENGAJIAN ISLAM UNTUK LEPASAN IJAZAH

Berinspirasikan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, telah membangunkan sebuah program bertemakan pengajian Islam untuk semua.

Program Diploma Pengajian Islam Lepasan Ijazah (PGDIS) direka bentuk dengan adunan pengetahuan agama Islam klasik dan kontemporari yang memenuhi keperluan asas tentang Islam dan perbincangan tentang isu-isu dalam kalangan masyarakat.

Tempoh pengajian yang pendek dan padat iaitu selama satu tahun (3 semester), dilengkapi dengan modul-modul yang komprehensif, kaedah pembelajaran dalam talian sepenuhnya, pengurusan pembelajaran interaktif melalui myInspire, dan pengajaran bersama para tutor yang pakar dalam bidang dan berpengalaman.

PGDIS sesuai untuk mereka yang ingin mendalami ilmu pengajian Islam secara berstruktur dan tersusun, samada untuk pembangunan kendiri mahupun profesional yang bergiat dalam aktiviti perkongsian ilmu bersama masyarakat.

Seiring dengan pengiktirafan OUM sebagai universiti primer dalam pengajian jarak jauh, calon-calon yang tidak mencukupi syarat boleh menyertai program ini melalui kemasukan APEL.

Program PGDIS telah mendapat pengiktirafan sementara daripada MQA dan maklumat lanjut tentang program boleh dicapai di https://www.oum.edu.my/all-programmes/postgraduate-programme/postgraduate-diploma-in-islamic-studies/#1610344008307-6f0b9bac-694d.

Program PGDIS sesuai untuk dimohon oleh semua pemegang ijazah dalam apa jua bidang atau latar belakang profesion anda, termasuklah para surirumah mahupun pesara. Semua boleh belajar PGDIS.

Ambilan kini dibuka di seluruh negara. Mohon secara dalam talian di https://fastrac.oum.edu.my/ dan kunjungi pusat pembelajaran berdekatan dengan anda untuk sempurnakan pendaftaran.

Mari sertai KAMI di OUM.

myOUM
MOOC