OUM Latih Guru Sebagai Pemangkin Kepada Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari

Seramai 250 guru dari pelbagai bidang hadir ke Program Latihan Guru berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi pendidikan untuk kelestarian anjuran Open Universiti Malaysia (OUM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

Melalui program ini, dijangka 2,500 guru bakal mendapat pendedahan dan pengalaman untuk mengimplimentasi Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) yang disaran oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada aktiviti-aktiviti di sekolah mereka. Siri program latihan ini dijalankan di Menara OUM, Kelana Jaya daripada Februari hingga Mac 2022.

Menjadikan guru sebagai pemangkin kepada pendidikan untuk pembangunan lestari adalah salah satu pendekatan terbaik bagi menerap matlamat SGD. OUM adalah antara institusi pengajian tinggi yang terlibat dalam projek penyelidikan ERASMUS+   ICT-Enabled In-service Training of Teachers to Address Education for Sustainability (ICTeEfS), satu projek kolaborasi antarabangsa Kesatuan Eropah (EU) dengan 10 buah universiti dari 5 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam, Cyprus dan Greece. Projek tajaan Erasmus+ Programme of the European Union ini mensasarkan pembangunan Rangkaian Euro-Asia – Pendidikan untuk Kelestarian.

Matlamat projek ini adalah untuk melaksanakan program pembangunan kapasiti pendidikan berasaskan TMK berorientasikan pendidikan untuk kelestarian kepada guru-guru di Asia dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Untuk menjayakan projek ini, kumpulan penyelidik OUM yang terdiri daripada Prof Dr Widad Othman, Prof Madya Dr Zahari Hamidon, Dr Hamidah Mat, Norazzila Shafie, Oo Cheng Kiat dan Mohd Lokman Abdullah telah membangunkan sebuah modul sebagai bahan rujukan bagi guru-guru ini.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di pautan berikut:

https://myerasmus.my/my/

 

Disediakan oleh Dr Hamidah Mat, Pengarah Program Master in Islamic Studies

myOUM
MOOC