To Poland for the 11th World Urban Forum

WUF

Kumpulan METEOR dan OUM Menyertai World Urban Forum ke 11

Seramai 14 pegawai daripada Kumpulan METEOR dan OUM akan menyertai World Urban Forum sesi ke 11 di Katowice, Poland daripada 26 hingga 30 Jun 2022.

Delegasi Kumpulan METEOR diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Muhammad Afiq Redzuan manakala OUM diketuai oleh Presiden/Naib Canselor, Prof Madya Dr Ahamd Izanee Awang.

Menurut Encik Muhammad Afiq, Kumpulan METEOR dilihat telah mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya kita dijemput oleh Urbanice untuk menyertai delegasi Malaysia ke WUF. Ini merupakan peluang terbaik bagi mempamer penjenamaan Kumpulan METEOR dan OUM di peringkat global.

Beberapa misi yang ingin dicapai melalui penyertaan WUF ini adalah:

  1. Mempamer inisiatif pendidikan sepanjang hayat dan inklusif di Malaysia;
  2. Mempromosi keperluan pendidikan masa hadapan dengan adaptasi kepada teknologi digital, kecerdasan buatan, strategi hijau dan pengoperasian yang mampan;
  3. Meneroka peluang perniagaan bersama rakan strategik yang berpotensi; dan
  4. Memperkukuhkan hubungan baik dengan institusi pendidikan, badan regulatori, badan kerajaan, organisasi berasaskan komuniti, pertubuhan bukan kerajaan, kedutaan dan lain-lain.

WUF insert

 

WUF adalah satu forum teknikal bukan perundangan anjuran UN Habitat yang diadakan pada setiap dua tahun. Forum ini juga adalah platfom antarabangsa bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman berkenaan cabaran perbandaran mampan masa kini.

Kuala Lumpur juga pernah menjadi tuan rumah kepada WUF ke 9 pada tahun 2018, di mana ia merupakan bandar kedua di Asia yang diberi peluang menjadi tuan rumah selepas Nanjing, China pada tahun 2008.

To Poland for the 11th World Urban Forum

The METEOR Group and OUM is sending a 14-member delegation to the 11th World Urban Forum, which will be held in Katowice, Poland, from 26 to 30 June 2022.

The delegation will be led by CEO Muhammad Afiq Redzuan on behalf of the METEOR Group and President/Vice-Chancellor, Associate Professor Dr Ahmad Izanee Awang, on behalf of OUM.

“The METEOR Group made history when it was invited for the first time by Urbanice to join the Malaysian delegation to the WUF. This is a great opportunity to exhibit the METEOR and OUM branding at the global level,” said Afiq.

The METEOR-OUM delegation has targeted the following goals for its WUF participation:

  1. Showcase lifelong and inclusive education initiatives in Malaysia;
  2. Highlight the importance of fulfilling future educational needs through digital technology, artificial intelligence, green strategies, and sustainable operations;
  3. Explore business opportunities with potential strategic partners; and
  4. Foster good ties with institutions of learning, regulatory bodies, governmental and non-governmental agencies, community-based organisations, embassies, and others.

 

WUF insert

WUF is a non-legislative technical forum convened by UN Habitat once every two years. It is an international platform for the meeting of minds and sharing of experiences on contemporary challenges in achieving sustainable urbanisation.

Kuala Lumpur had hosted the 9th WUF in 2018, making it the second city to play host after Nanjing, China, in 2008.

myOUM
MOOC