Tentang Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ)
Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) telah diperkenalkan seiring dengan Agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang diperkenalkan oleh kerajaan dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) dan Pelan Induk Pembudayaan PSH 2011-2020. Pelan ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat peluang pendidikan tanpa mengira peringkat umur, latar belakang pendidikan dan lokasi pembelajaran.
Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan Korea Selatan, PSH dijadikan elemen pendidikan untuk melahirkan modal insan relevan dengan kehendak industri. Bagi mencapai status negara maju, PSH menjadi salah satu pemangkin kerajaan untuk mencapai status ekonomi penduduk berpendapatan tinggi.Ā
Walau bagaimanapun, PSH ini tidak akan dapat direalisasikan dengan sistem pendidikan sedia ada akibat daripada pelbagai kekangan terutamanya dalam kalangan mereka yang telah pun berkerjaya. Justeru itu, Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) telah diperkenalkan dan ditawarkan oleh beberapa buah universiti awam dan swasta bagi menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia terutamanya yang bekerja untuk memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan pendidikan yang lebih tinggi.Ā
Antara tujuan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) yang diperkenal adalah:
- Membuka peluang kepada mana-mana individu untuk meningkatkan taraf pendidikan
- Memberi peluang kepada golongan dewasa mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazahĀ
- Menawarkan pendidikan lebih tinggi kepada penduduk di kawasan luar bandar
- Meningkatkan dan melahirkan lebih ramai pekerja terlatih yang berpendidikan tinggi
- Meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mereka yang sedang bekerja sama ada dibawah sektor kerajaan atau swasta
OUM Universiti Terbaik Tawarkan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ)
OUM merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta terbaik yang menawarkan program PJJ.Ā Universiti ini terkenal dalam kalangan warga kerja, sama ada sektor kerajaan mahu pun swasta yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa atau jarak jauh (PJJ).Ā
Ini terbukti apabila, seramai lebih 85,000 graduan OUM dari pelbagai latar belakang umur, tahap pendidikan dan lain-lain telah berjaya menamatkan pengajian di OUM. Selain warga kerja, OUM turut menjadi pilihan ramai warga emas yang masih ingin menimba ilmu pengetahuan sekaligus menjadikan OUM sebagai sebuah universiti pilihan utama yang menyediakan kemudahan pembelajaran kepada semua golongan.
Senarai Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) yang DitawarkanĀ
Sebanyak 50 program PJJ telah ditawarkan oleh OUM merangkumi pelbagai disiplin ilmu. Semua program pengajian telah menerima akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).Ā
Walau bagaimanapun, program pengajian PJJ yang ditawarkan di OUM menfokuskan kepada keperluan industri semasa. Ini bermakna, hanya program pengajian yang relevan dengan permintaan industri sahaja akan ditawarkan sekaligus menunjukkan bahawa, program pengajian tersebut mempunyai potensi kerja yang luas dan diperlukan oleh majikan di luar sana. Berikut dikongsikan senarai keseluruhan program pengajian PJJ yang ditawarkan di OUM. Klik setiap program pengajian untuk menyemak info berkaitan program, mod pembelajaran, syarat kemasukan, yuran pengajian dan struktur program.Ā
Syarat Kelayakan untuk Memohon Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ)
Anda boleh mengemukakan permohonan dengan menggunakan sijil akademik sedia ada atau sijil hasil daripada pengalaman kerja sebelum ini menerusi sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu). APEL adalah satu proses yang digunakan untuk tujuan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu seseorang individu sebelum melayakkan mereka diterima masuk ke program pengajian yang dipohon.Ā
Terdapat 2 jenis APEL yang diterima oleh OUM berdasarkan pada garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu APEL (A) dan APEL (C). APEL (A) memberi akses atau laluan kepada golongan individu yang sudah mempunyai pengalaman bekerja tetapi tidak mencukupi syarat kelayakan akademik minima yang ditetapkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selepas memiliki sijil kelayakan APEL (A), anda boleh menggunakannya untuk membuat permohonan bagi mengikuti mana-mana program pengajian yang ditawarkan oleh OUM.Ā
Manakala, APEL (C) ialah sijil kelayakan yang membolehkan pelajar OUM untuk memohon pengecualian kredit bagi subjek berdasarkan pengalaman kerja, pengalaman hidup atau himpunan kursus pendek pelajaran. Hanya pelajar-pelajar yang telah berdaftar di OUM layak untuk memohon pengecualian kredit melalui APEL (C).[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]